Corrupted-nash.blogspot.com

Assalamualaikum W.T.H..

Monday, August 31, 2009

Sabda Rasulullah Tentang Mereka Yang Membaca Al-Quran

Posted by nash


Rasulullah
(Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,
berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian
kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di
antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah,
2 malaikat Mungkar dan Nakir,
datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini
supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu
seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki
kacak itu berkata,
Dia adalah
temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk
menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya
sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
'
Selepas itu dia
berpaling pada temannya yang
meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana
kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan
kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan
bersedih.'

Selepas soal
siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat
tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam)
bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan
Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada
Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

(??)

Di bulan yang baik ini, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita serta meperbanyakkan amalan membaca Al-Quran. Sebagaimana kita tahu,membaca Al-Quran dikira ibadah,jika tidak mampu (sakit), mendengar sudah mendapat pahala.

Al-Quran sebagai pegangan hidup kita sebagai muslim. Andai kita lalai dari mempelajari dan mengikut Kalamullah ini, sesungguhnya kita sesat,jauh dari cahaya Ilahi yang menerangi ummah yang berpegang teguh pada Al-Quran.

Ketahuilah, Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah S.W.A untuk menjadikan ia sebagai petunjuk ummat islam untuk menuju ke jalan yang benar dan di redhai..

0 comments:

Post a Comment